Nak cari tentang apa?

20 Makanan tambah susu ibu yang diakui berkesan ramai ibu di Malaysia!!

As-salam..

Seronok kan bila dapat buat stok susu yang banyak macam ni? Apa rahsia mereka tambah susu ibu sehingga dapat sebanyak ini? Logiknya, apa yang ibu makan dan minumlah yang akan menjadi susu ibu. Betul tak??


Hari ini saya nak kongsikan 20 makanan untuk tambah susu ibu terutama bagi ibu-ibu yang berminat nak tambah susu ibu secara semulajadi melalui pemakanan harian mereka. Apakah jenis makanan yang dapat membantu dalam penghasilan susu ibu?


20 Jenis MakananYang Boleh Menambah Susu Ibu

Contoh-contoh makanan penambah susu badan

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, atau dal.

2. Jambu batu – makan begitu sahaja.

3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.

4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.

5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.

6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng atau pancake

7. Alfalfa - sejenis tumbuhan yang mempunyai galactogue yang membantu merangsang penghasilan susu. Juga terkandung dalam produk milkbooster Shaklee, Alfalfa Complex.

8. Barli – minum air barli atau makan bubur barli.

9. Pucuk manis – boleh buat masak lemak bersama ubi keledek.

10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.

11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.

12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe. Soya membantu memekatkan lagi susu ibu. ESP adalah salah satu produk soya non gmo untuk ibu menyusu juga.

13. Horlicks

14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium.

15. Teh hijau jepun

16. Makanan mengandung yeast seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.

17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah: rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnya sekali.

19. Halba-dijadikan minuman atau dimasukkan ke dalam masakan makanan. Halba secara khusus diketahui digunakan untuk membantu proses penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalahpemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati membantu meningkatkan pengeluaran susu kepada kuantiti yang banyak.

20. Kurma-paling mujarab bagi saya..boleh dicampurkan ke dalam makanan atau minuman harian. Memakan makanan sunnah seperti kurma juga boleh membantu memperbanyakkan susu.


Hari ini telah banyak juga makanan tambahan yang diformulasikan untuk menambah penghasilan susu ibu..bukan kuantiti susu semata-mata yang penting, bahkan kualiti susu adalah sangat-sangat diharapkan agar susu ibu yang terhasil adalah yang terbaik untuk bayi.


Shaklee juga turut menyediakan produk-produk milkbooster yang sangat membantu ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka secara eksklusif sejak lahir atau menyusu susu badan selama 2 tahun.


Boleh hubungi saya sendiri supaya saya boleh berkongsi dengan anda pengalaman saya sendiri mengambil suplemen Set Penyusuan ini.


Apa yang lebih penting?


Ibu yang menyusu memang harus mengambil makanan dan air secukupnya untuk memastikan nutrisi untuk bayi anda juga lengkap dan tidak menyebabkan anda kelaparan atau dehidrasi akibat penyusuan. Ibu-ibu juga perlu mengelakkan stress yang boleh mengganggu pengeluaran susu ibu.


Yang paling penting!! Jangan lupa konsep demand and supply juga..kalau susu tak dikeluarkan(dipam atau bf direct), macamana nak hasilkan susu yang baru, kan?

Selamat mencuba!!

Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya”
{Surah 2 – Al Baqarah : Ayat 172}


No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox