PROMOSI DAFTAR AHLI DILANJUTKAN..

PROMOSI DAFTAR AHLI DILANJUTKAN..
Daftar ahli Shaklee dengan pembelian sekurangnya 100uv, dan anda berpeluang mendapatkan SR Vita C dengan harga rm60 sahaja. Tawaran Istimewa ini SAH sehingga 30 SEPT 2017. Whatsapp 0199387282 sekarang!

Tuesday, June 03, 2014

Tanda-tanda, punca penyakit buah pinggang?

Assalam..


Sejak akhir-akhir ini saya banyak membuat carian  info berkenaan penyakit buah pinggang..Orang yang paling hampir dalam keluarga yang turut mengalami masalah ini ialah ibu mertua saya.


Sewaktu melawat ibu mertua yang sakit buah pinggang di hospital tempoh hari, saya dapat lihat sendiri tanda-tanda yang beliau alami. Memang jelas menunjukkan beliau mempunyai masalah buah pinggang. 


Kebanyakan kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menunjukkan tanda-tanda. Walaubagaimanapun, ianya boleh dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau melalui pemeriksaan tekanan darah tinggi.


Mulanya saya google sekadar ingin tahu mengenai penyakit ini. Tetapi hari ini saya rasa nak berkongsi dengan anda..InsyaaAllah, hari ini saya kongsikan beberapa info mengenai penyakit buah pinggang yang saya jumpa dari hasil carian saya dan hasil perbualan saya bersama pesakit renal yang lain di wad HSNZ tempoh hari...


Saya banyak bertanya kepada jururawat yang bertugas di unit renal juga..maklumlah, belum ada pengalaman ahli keluarga saya yang lain mengalami masalah buah pinggang..Terima kasih juga pada mereka yang banyak berkongsi pengalaman mereka..Begitu juga dengan jururawat yang banyak memberikan info mengenai penyakit ini.


Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu anda atau ahli keluarga yang mengalami masalah yang sama.


10 Tanda-tanda penyakit buah pinggang



Cuba periksa tanda-tanda seperti di bawah. Mungkin tanpa sedar kita juga mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan..
  • Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.
  • Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.
  • Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.
  • Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.
  • Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
  • Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah?  ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  • Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  • Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
  • Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  • Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak. 

Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Sekiranya anda merasakan anda mengalami masalah buah pinggang dan mempunyai kebanyakan daripada simptom yang disebutkan tadi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Secara umumnya berikut adalah 11 sebab dan punca berlakunya masalah buah pinggang menurut Doktor Malinda..


1. Kerap tahan kencing

2. Kurang minum air

3. Suka makan makanan masin

4. Suka minum minuman bergas.

5. Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary
Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.

6. Kerap makan daging merah dan Seafood
(Tinggi Uric Acid)

7. Kerap makan Pil Tahan Sakit

8. Merokok

9. Obesiti

10. Alkohol

11. Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal..

Buah Pinggang kita adalah amanah dari Allah..Jagalah ia sebaik mungkin dengan mengelakkan perkara-perkara di atas dari awal usia. Mudah-mudahan kita masih mampu mensyukuri nikmat sihat yang masih diberikan. INSYAALLAH.


LAIN-LAIN ARTIKEL BERKAITAN:


Produk untuk membantu pesakit buah pinggang



*Vivix adalah suplimen antioksidan tinggi. Ia bukan untuk merawat, namun bahan aktif yang terkandung dalam Vivix iaitu polifenol dan revesratrol menurut kajian dapat membantu pemulihan sel, tisu dan seterusnya membantu memberi kesihatan yang lebih baik kepada organ pesakit.

Boleh lihat..
Memandangkan Vivix adalah suplimen dan bukan ubat, sebarang rawatan dari doktor juga masih perlu diteruskan sepanjang pengambilan Vivix untuk kesan yang lebih baik. Pesakit kronik diminta meminta pandangan dan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba Vivix.


Boleh hubungi saya Raihana jika anda berminat untuk mencuba Vivix  atau boleh juga terus order dari sistem E-Sell Shaklee jika anda mempunyai kad debit@kredit Visa@ Mastercard.
Setelah pembelian dibuat hubungi saya Raihana 0199387282 untuk panduan cara pengambilan yang betul.
Klik untuk order sekarang!

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk untuk membantu masalah buah pinggang, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:


✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

15 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Sama2..bagi yang mengalami masalah buah pinggang boleh cuba Vivix Shaklee juga..dalam bentuk sirap yg diminum sesudu sehari..

    ReplyDelete
  3. Salam Puan,

    Saya Nuur dari Penang. Berusia 30 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami kerosakan buah pinggan kiri yang mana tidak ada tanda tanda kegagalan buah pinggang langsung.

    Yang boleh detect adalah kerana saya mempunyai left ovarian cyst, bilamana doc ingin scan dan kemudian mendapati buah pinggang kiri saya tersebut telah pon membengkak dan rupanya telah pun rosak.

    Doc sendiri tidak dapat mengesahkan sejak bila buah pinggang saya tersebut rosak.

    Mohon semua pun menjalani pola kehidupan yang sihat dan mengamalkan diet pemakanan yang sihat.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sis..saya mohon pertolongan dan pandangan dari sis sbb saya tidak mmpunyai pengalaman dalam masalah ini.saya mempunyai kakak yg merupakan penghidap diabetes sejak dia berumur 14 tahun dan skrg dia sudah berusia 28 tahun dan sudah berumahtangga setahun yg lalu..baru2 ini dia mmpunyai mslh kesihatan yg amat ketara sekali perubahan pada badannya yg membengkak seperti lebihan air dalam badan.dan dia d masukkan ke dalam hsptal khamis lalu sbb bdnnya yg terlalu lemah dan telah ditambah darah sbb kekurangan darah dlm bdn dan hari berikutnya dia dikatakan tekanan darah tinggi dan doktor sahkan da masalah buah pinggang.dia ada simptom2 yg seperti sis nyatakn tu seperti badan n kakinya yg seperti mmbengkak dan semalam dia rasa kedinginan, menggigil smpai sukar bernafas.kami satu family risau dan sedih melihat kondensinya sis..dan sekarang dia d bawa ke hospital miri utk d rujuk kpd pakar.apa yg harus kami lakukan sis?dapatkah dia mengambil produk kesihatan yg lain seperti meminum air kelapa,atau makan supplement tambahan..dan adakah kakak saya ini berpeluang utk mempunyai zuriat?apa langkah yg harus kakak saya buat utk mengekalkan kesihatannya..apa yg tak patut d makan..dan perlukah pengambilan nasi dlm jadual hariannya?trma kasih sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis, saya pun pesakit diabetes sejak saya 14 tahun. Skrg saya berumur 19 tahun. Saya takut sgt kalau saya ada simptom sakit buah pinggang. Saya pn ada darah tinggi sejak umur 18 tahun. Tahun lps baru disahkan. Saya risau. Macam mana keadaan kakak awak ya? Sampai satu tahap saya mcm putus asa sbb umur masih muda :'(

      Delete
  5. Ada yang dah saya reply melalui emel ya..boleh refer emel anda

    ReplyDelete
  6. Sakit buah pinggang ni, walaupun tak 'nampak' pada mata kasar, tapi tetap merbahaya. Makan minum semua kena kawal.
    pantang larang pesakit buah pinggang

    ReplyDelete
  7. Ibu saya diberi tempoh hanya 2 minggu untuk survive

    ReplyDelete
  8. Salam, saya pun nak kongsikan satu petua tradisional menggunakan daun sup

    Ia merupakan kaedah rawatan pembersihan semulajadi yang terbaik untuk buah pinggang. Ia mampu ‘mencuci’ buah pinggang kita. Caranya adalah dengan merebus daun sup dan meminum air rebusan daun sup tersebut. Amalkan segelas setiap hari, insya Allah akan terlihat kesan perubahan kesihatan buah pinggang melalui pengumpulam garam dan racun yang keluar dari buah pinggang melalui air kencing.

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum .
    Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
    Masalah buah pinggang ini bukanlah sesuatu masalah yang boleh dipandang remeh.Baca Tanda Tanda Awal Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi Dan Cara Mengatasinya Jom kita jalani kehidupan yang sihat dan miliki tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas .

    ReplyDelete
  10. Asalam..sy bru tekene sakit yg teramat dari malam tadi sampai ke hari ni, ya allah..sakit sangat hnya allahswt saje yg tahu..sy tak thu nak buat mcm mane dah skrg ni..malm tdi sy pgi klinik pkol 2am..sbp sakit sgt..dokter cume ckp sy sakit urat..tapi sy bukan sakit urat..disbpkan sy tgah mengandung..ubat or injection ta blh nak amek suke hati..sy cume ikhtiar dgn mnum air bali yg direbus je..mgkin air kncing sy ktor, sbp dlam bulan puase ni sy kurg mnum air masak..sy cume berdoa agar cepat sembuh..��

    ReplyDelete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.