PROMOSI VIVIX BELI 2 DISKAUN 5% & BELI 6 PERCUMA 1 KEMBALI!

PROMOSI VIVIX BELI 2 DISKAUN 5% & BELI 6 PERCUMA 1 KEMBALI!
PROMOSI AKHIR TAHUN. Tawaran Istimewa ini SAH sehingga 31 DISEMBER 2017. Whatsapp 0199387282 sekarang!

Monday, December 01, 2014

10 Kelebihan Extended Breastfeeding yang buat saya nekad teruskan penyusuan!!

Assalam...

Alhamdulillah...
Beberapa hari lepas adalah hari ulangtahun kedua kelahiran Husein, anak kelima saya..ini bermakna dah 2 tahun saya menyusu Husein..tapi adakah saya perlu berhenti menyusukan Husein selepas 2 tahun? Apapun..ada 10 kelebihan extended breastfeeding yang buat saya nekad untuk teruskan menyusukan Husein...

Husein..


Extended Breastfeeding??

Mungkin masih ramai yang belum tau apa itu Extended Breastfeeding.
Extended Breastfeeding tu maksudnya menyusu badan atau melanjutkan tempoh penyusuan badan selepas usia si anak 2 tahun. 


Ada sesetengah orang yang cakap, jika menyusukan anak lebih 2 tahun, anak akan menjadi nakal..Ada juga yang mengatakan anak yang menyusu lebih 2 tahun akan menjadi manja berlebihan, dan jika bayi lelaki boleh menyebabkannya jadi 'lembut'. Benar ke?..Hmm..tak dapat dibuktikan kesahihan andaian-andaian tu..

Apapun..

Tidak salah jika si ibu MEMILIH untuk melanjutkan tempoh penyusuan melebihi 2 tahun...ada juga rakan saya yang menyusu badan 2 orang anak sekaligus. Menyusu si adik sambil menyusu si abang juga..dan pengalaman saya sendiri juga pernah menyusukan si kakak ketika hamil sehingga 7 bulan hamil si adik..


Extended Breastfeeding tetap ada kebaikannya...walaupun selepas 2 tahun susu ibu dikatakan sudah mula berkurang zatnya dari segi kandungan lemak dan airnya..namun susu ibu itu TETAP LEBIH BAIK daripada susu formula di pasaran.


Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF) sendiri dalam kenyataan masing-masing menyarankan penyusuan susu ibu diteruskan lebih daripada 2 tahun bahkan sehingga 3 tahun di samping pemberian makanan pelengkap.




Apa KELEBIHAN EXTENDED BREASTFEEDING ni?


1. Anak tidak mudah jatuh sakit:
  • Anak yang menyusu dengan susu ibu lebih kebal terhadap penyakit. Susu ibu tetap mempunyai khasiatnya yang menjadi imun buat si anak. Dan khasiatnya tetap lebih baik berbanding susu formula. Dengan izin Allah anak akan jarang sakit dengan daya tahan semulajadi terhadap penyakit yang diperolehi daripada susu ibu. Tubuh anak juga sentiasa dihidrasi dengan susu ibu.

2. Mengurangkan alergi
  • Susu ibu membantu mengurangkan risiko alergi anak yang disusukan.

3. Anak menjadi lebih pintar
  • Terdapat kajian yang menunjukkan lebih lama dan kerap si ibu menyusukan si anak, anak yang disusukan akan lebih bijak. Otak anak-anak berkembang sangat cepat dalam 2-3 tahun pertama dan anak yang disusukan ketika itu sangat dipengaruhi oleh "lemak bijak" dalam susu ibu yang kita kenali sebagai asid lemak Omega 3 atau DHA. Asid lemak dalam susu ibu ini penting dalam perkembangan otak dan penglihatan si anak.

4. Mengurangkan risiko kanser rahim, dan kanser payudara. 
  • Extended breastfeeding juga mengurangkan risiko kanser rahim, dan kanser payudara. Bahkan ibu menyusu juga dikatakan berisiko rendah mengalami osteoporosis semasa tua kelak.

5. Merapatkan hubungan ibu dan anak
  • Bonding antara ibu dan anak amat kuat ketika menyusu. Anak merenung ke muka ibu dan ibu pula dapat mengusap dan mencium si anak ketika menyusukan. Suatu perasaan yang amat menyenangkan buat mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak. Tidak hairanlah anak yang menyusu badan apatah lagi melebihi 2 tahun akan lebih akrab dengan ibunya.

6. Anak dan ibu tidak stress
  • Tiada unsur paksaan untuk wean off yang menyebabkan anak stress. Apabila si anak mendapati susu ibu bukan lagi keutamaan untuk memuaskan rasa lapar dan dahaga..dengan sendirinya anak akan melepaskannya tanpa paksaan sesiapa.

7. Penyusuan lebih mudah
  • Menyusu secara terus@ direct breastfeeding jauh lebih mudah berbanding menyusu dari botol yang memerlukan botol dibawa ke mana-mana. Susu ibu juga tidak perlu dibancuh sebagaimana susu formula dan mudah diberikan pada si anak.

8. Membantu menjarakkan kelahiran
  • Amalan meneruskan penyusuan selepas 2 tahun ini juga boleh membantu ibu bapa untuk merancang kelahiran dan menjarakkan kelahiran. Ketika menyusukan, hormon prolaktin iaitu hormon penyusuan lebih tinggi berbanding hormon estrogen, hormon kesuburan. Hal ini melambatkan kesuburan si ibu dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku.

9. Membantu ibu mengawal berat badan
  • Ibu menyusu hilang sebanyak 500 kalori setiap sesi penyusuan yang bersamaan berjoging lebih kurang sejam!! Itu juga antara rahsia ramai ibu menyusu hari ini yang dapat mengekalkan berat badan ideal mereka sepanjang tempoh penyusuan mereka. Tak hairanlah berat saya juga agak statik sepanjang tempoh penyusuan.

10. Menenangkan ibu dan anak
  • Anak selalu tantrum? Jika anda masih menyusunya pasti saat menyusu itulah yang paling mudah untuk menenangkan anak yang sedang tantrum. Bagi si ibu pula, hormon prolaktin(hormon penyusuan) dipercayai banyak membantu menenangkan perasaan  si ibu sementara hormon oksitosin dapat merangsang perasaan kasih sayang yang sedia ada antara ibu dan anak.


Haa..inilah sebab-sebabnya...extended breastfeeding masih baik untuk diamalkan hari ini.

Apapun...dalam Islam, kita memang disarankan menyusukan anak sehingga 2 tahun sahaja. Namun terpulang kepada ibu-ibu kerana menyusukan sehingga lebih 2 tahun juga tidak salah..kerana begitu banyak kebaikan susu ibu yang telah Allah jadikan yang sangat unik khasiatnya sehingga tiada satu pun susu buatan manusia yang dapat menyamainya. Terpulanglah kepada ibu-ibu untuk menentukan setakat mana penyusuan buat anak-anak...


Husein pun nampaknya macam belum sedia 'lepaskan' saya lagi..selagi demand masih ada, saya akan teruskan menyusu Husein..insyaaAllah..saya yakin masih banyak kebaikan susu ibu buat anak saya..


*Moment yang paling best bila menyusu Husein ni ialah..Husein pasti akan tadah tangan baca "Bismillah" dan berdoa sebelum menyusu di ribaan ummi..sejak dia pandai bercakap sampailah sekarang dah amal selalu..sejuk hati ummi melihatnya...alhamdulillah..






Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo 
✉ Email: elraihan82@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282 
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

0 komen terkini:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.