Nak cari tentang apa?

Resepi Murtabak Mini homemade mudah dan sedap

Assalamualaikum..


Apa menu kuih pilihan anda ketika  berbuka puasa? Bagi saya murtabaklah antara kuih wajib yang saya selalu beli..tapi itu dulu..sekarang saya tak akan beli lagi dah. Sebab murtabak mini homemade rasanya lagi sedap. Senang nak buat pulak tu..


Tak kira lah nak makan time buka puasa atau dijadikan minum petang, yang penting saya boleh buat sendiri di rumah tanpa perlu risau macamana nak buat doh untuk kulit murtabak tu. Sebab dah jumpa cara lagi mudah! Ini murtabak mini saya buat kali ke 2 untuk berbuka puasa ganti baru-baru ni..alhamdulillah, anak-anak  suka siap boleh bawa bekal ke sekolah juga.


Haa..ini resepinya ya.


Resepi murtabak mini homemade sedap dan mudah


Bahan-bahannya:

Untuk murtabak:

2 biji bawang putih ditumbuk
1 keping daging kisar Ramly 250gm(biasanya 1 pek ada 2 keping)
2 biji ubi kentang saiz sederhana dipotong dadu
2 sudu serbuk kari
1 labu bawang belanda dimayang
3 biji telur
15 keping kulit popia saiz 5"(untuk 15 keping murtabak)
Garam secukup rasa


Untuk pencicahnya:

1/4 cawan air panas
3 sudu cuka makan
2-3 sudu gula pasir
Setitik 2 ibu sirap
2 biji bawang merah dimayang


Cara membuatnya:

1. Tumiskan bawang putih hingga naik baunya.

2. Masukkan rempah kari dan tunggu garing seketika.

3. Masukkan sedikit air dan masukkan daging cincang Ramly. Biarkan daging cincang empuk dan masak seketika.

4. Masukkan ubi kentang dan tambah sedikit air lagi. Tunggu sehingga kentang empuk barulah api dimatikan. Masukkan garam secukup rasa.

5.Kaup sedikit inti yang dimasak ke dalam bekas berasingan. Jika ada lebih boleh simpan dan boleh dibuat kemudian.

6. Masukkan bawang belanda yang telah dimayang ke dalam inti.

7. Pecahkan telur ke dalam inti dan kacau.

8. Sediakan kulit popia dan masukkan sesudu inti yang telah dibancuh dengan telur tadi.Panaskan sedikit saja minyak di atas pan menggoreng.

9. Lipat empat segi dan kemaskan dgn putih telur supaya tak terbuka. Saya selalunya letak inti ketika hampir nak menggoreng. Saya lipat dan telangkupkan terus di atas pan menggoreng supaya kulit popia tak terbuka.

10. Masak dengan api perlahan ke sederhana saja supaya telur dalam inti masak elok.

11. Bila dah kekuningan coklat kulitnya bolehlah dibalikkan. Apabila masak dua-dua belah terus angkat dan toskan.

12. Untuk pencicahnya campurkan saja kesemua bahan dan kacau sehingga larut gula dan garam. Masukkan bawang kemudian. Siap!

13. Bolehlah hidangkan macam kat bawah ni ya..biasanya saya suka buat inti lebih dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak buat lagi saya tambahkan bawang dan pecahkan telur saja dan balut dalam kulit popia dan terus goreng. Boleh juga inti yang sama nak buat karipap.




Sedap tau..kulit popia rasa lagi rangupnya bila makan lepas baru goreng..

SELAMAT MENCUBA. 
Dah cuba bolehlah share hasilnya di komen ya..


-UMMI ANA-

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox