Nak cari tentang apa?

Punca dan cara cegah nyanyuk agar tak jadi pelupa selamanya

Assalamualaikum..

Antara doa saya semoga tua nanti saya tidak menjadi nyanyuk.

Kasihan melihat orang-orang tua yang di akhir usianya mengalami nyanyuk.

Nyanyuk atau demensia keadaannya lebih teruk daripada alzheimer..lupanya boleh menjadi lebih teruk makin hari dan berpanjangan.

Ada yang..

Terlupa nak makan atau urus diri..
Keliru bila melihat rumah sendiri..
Lupa jalan pulang ke rumah..
Terlupa nama anak dan suami..
Menyangka anak dan suami orang luar..


Satu kisah benar yang diceritakan suami saya..

Seorang pakcik yang mungkin alami Alzheimer telah datang ke kampung kami di Setiu Terengganu dari Kemaman yang jaraknya 3 jam lebih perjalanan (berdasarkan tiket bas yang ditemui bersamanya)

Dalam kegelapan malam pakcik ni masih mencari rumahnya dan berjalan kaki seorang diri berdekatan pantai di kampung kami..

Beliau mencari rumahnya yang didakwa berada berdekatan pantai..

Apapun dia ditemui anak-anak muda di sini dan setelah berbual dengannya suami telah menghantarnya ke balai polis untuk membantu mengenalpasti tempat asalnya..

Kasihan pakcik tu..dia lupa di mana rumahnya..

Mudah-mudahan dijauhkan Allah dari berlaku kepada kita dan keluarga kita..


Apa beza Alzheimer dan nyanyuk yang biasa?



Punca Nyanyuk dan Alzheimer?

1. Ia dikatakan berpunca daripada keradangan sel saraf di otak.

2. Orang yang mengidap obesiti juga dikatakan 2x ganda lebih berisiko mengidap alzheimer.

3. Pembentukan plak dalam salur darah dan mereka yang mengalami masalah kolestrol tinggi juga berisiko mengalami alzheimer.

4. Mereka yang sering alami depresi atau stress berpanjangan dari usia muda.

5. Nyanyuk boleh diwarisi secara genetik. Walaubagaimanpun dengan mengambil langkah pencegahan awal mampu membendungnya daripada menjadi lebih teruk.

6. Kecederaan bahagian kepala akibat kemalangan.


Adakah cara tertentu untuk mencegah nyanyuk?

Amalan untuk elakkan nyanyuk

1. Membaca dan menghafaz al-Quran

Pepatah Arab menegaskan "Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca al-Quran dengan melihat (mashaf al-Quran).."

Suatu kelebihan bagi orang yang menghafaz al-Quran kerana mereka ini terlindung daripada penyakit akibat penuaan seperti nyanyuk.


2. Amalkan doa elak nyanyuk

Sebaiknya dari sekarang amalkanlah doa dan ayat2 Al-Quran ini..mudah-mudahan terlindung dari gejala nyanyuk di usia tua kelak..insyaa Allah.

Doa elak nyanyuk ini diambil grafiknya dari sumber facebook anugerahquran tetapi ayat yang sama juga diajarkan oleh almarhum TG Dato' Haron Din dalam bukunya..dan ia juga terkandung dalam doa mathurat
Rujukan ayat dan doa:
Siri Pengajian Pengubatan Islam: Rawatan Penyakit Rohani (Tuan Guru Dato' Dr Haron Din)


Jika anda atau ahli keluarga sedang mengalami masalah ini vitamin berikut boleh membantu..


1. Amalkan pengambilan vitamin B3, B6 dan B12.


Vitamin B3 boleh diperolehi dari sumber makanan kita selain mengambil vit B3 dari sumber pemakanan seperti bayam.

*Ingat popeye makan bayam sebab nak kuat je..rupanya banyak lagi kelebihan bayam ni ;D

Rujukan: Disease Free, Proven Ways to Prevent Common Health Condition.

Vitamin B6 dan B12 juga membantu meningkatkan hormon serotonin dan mengawal stress dan kegelisahan yang mungkin dialami pesakit.

Boleh ambil suplimen BComplex Shaklee kerana BComplex shaklee lengkap dengan pelbagai jenis vitamin B termasuk Vit B3, B6 dan B12.


2. Mengambil makanan bersumberkan Omega 3 atau minyak ikan.

DHA dan Omega 3 mengandungi khasiatnya sendiri dalam menguatkan memori.

Terdapat kajian klinikal menyatakan DHA atau minyak ikan boleh memperlahankan tahap nyanyuk bagi mereka yang masih di peringkat awal.


3. Mengambil Vivix Shaklee

Jika dah berlaku pada orang yang anda kenali, boleh juga cuba berikan Vivix Shaklee.

Shaklee mengandungi revesratrol. Boleh rujuk kajian mengenai resveratrol, kandungan utama vivix mengenai sejauh mana ia membantu pesakit alzheimer dan demensia.

Resveratrol study offers new insight into Alzheimer's


Vivix Shaklee mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi daripada anggur muscadine

Selain mengamalkan amalan mencegah nyanyuk dan Alzheimer, nutrisi penting dan suplimen juga boleh membantu di peringkat awal.

Walaupun kadangkala mereka yang nanyuk ini nampak sihat, namun mereka pastinya tidak ingin menjadi pelupa selamanya.

Anda boleh hubungi saya, Raihana untuk mendapatkan suplimen shaklee yang dicadangkan. Pos juga boleh ke seluruh Malaysia.



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk shaklee, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

 ✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

1 comment:

  1. pening kepala nih kalau dah mula hilang ingatan nyanyuk, sib baik VIVIX ado !!!

    ReplyDelete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox