Nak cari tentang apa?

About Me

Assalam..



Sedikit info mengenai diri saya..Nama diberi ayahbonda saya ialah Siti Raihana Ismail. Saya lepasan graduan UTM Skudai dan berkahwin sewaktu masih belajar sewaktu usia 21 tahun..Alhamdulillah, Allah izinkan saya mempunyai 5 orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama suami, Wan Anuar. Sekarang saya bertugas sebagai pensyarah Multimedia dan Grafik di Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Komputer di University College Bestari(UCB) Setiu, Terengganu.  seorang surirumah@working at home mum yang bekerja hanya dari rumah. 

Bagaimana saya boleh terlibat dengan Shaklee?

Sebenarnya semasa mengandung anak ke-5, saya mempunyai banyak masalah sepanjang kehamilan. Awal kehamilan, saya mengalami alahan teruk, HB rendah, pernah mengalami batuk berdarah selama 2 minggu dan sangat cepat letih.

Pada akhir 2012, ketika masuk trimester ketiga kehamilan, saya diperkenalkan dengan Shaklee oleh adik saya, Ida yang juga terlebih dahulu menjadi Pengedar Shaklee di Kuantan. Asalnya saya tak berminat sangat memandangkan saya rasa tak mampu nak menelan pil-pil Shaklee untuk ibu hamil..Apabila anak ke-4 saya Hasan mengalami masalah kurang selera makan, saya meminta pandangan adik saya mengenai produk Shaklee dan mencubanya sendiri di rumah adik saya..akhirnya saya mula tertarik dan membeli produk Shaklee pertama, Mealshakes.

Setelah melihat perubahan positif pada anak saya, saya meminta cadangan daripada adik saya untuk mencuba suplemen Shaklee untuk diri sendiri pula..Bulan seterusnya saya dapatkan ESP pula..waktu itu, kandungan dah masuk 8 bulan dan saya memang selalu letih. Perubahan yang ketara adalah saya dapat ialah saya dapat mengawal selera makan dengan lebih baik. Saya rasa lebih cergas sepanjang hari bekerja dari pagi sehingga lewat petang, dan yang paling mengujakan apabila saat hampir bersalin sewaktu doktor mengambil darah, katanya HB saya sangat cantik iaitu 13-14gm%..katanya jarang ibu hamil anak ke-5 dapat bacaan seperti itu..alhamdulillah, Allah izinkan saya serasi dengan Shaklee..sewaktu kehamilan, saya juga mengamalkan Omega Guard, minyak ikan Shaklee untuk kecerdasan anak dalam kandungan.

Bermula dari situlah, saya rasa terus berminat nak mencuba lagi..saya belum terbuka hati menjadi ahli kerana adik saya belikan untuk saya dengan ID nya sahaja sudah memadai bagi saya..selepas bersalin, saya mula mencuba Collagen Powder Shaklee, Set menyusu asas hinggalah saya kembali bekerja saya teruskan dengan Set menyusu lengkap pula..saya memang berjimat untuk mantain membeli suplemen Shaklee..waktu tu pun saya masih belum jadi ahli..sekadar pengguna dan peminat setia Shaklee saja.

Mei 2013-Masa untuk berkongsi!!

Mungkin sudah tiba masanya saya berkongsi setelah 8 bulan mengamalkan Shaklee..Akhirnya dengan izin Allah, pada Mei 2013 dengan rasminya saya mendaftar sebagai ahli Shaklee di bawah adik saya, Ida Iar..sepanjang tempoh 8 bulan mengambil Shaklee, saya tidak pernah dipaksa untuk menjadi ahli oleh adik saya..saya hanya melihat adik saya menjalankan bisnes Shaklee dari FB dan pos-pos beliau akhirnya membuatkan saya tergerak hati untuk melibatkan diri dalam bisnes Shaklee sebagai part time income saya.

Alhamdulillah, dulu saya memang tak pernah membayangkan akan terjebak dengan bisnes Shaklee..namun alhamdulillah, berkat sokongan suami, keluarga dan adik saya sebagai "Mommy Shaklee" saya, akhirnya Allah izinkan saya dapat merasa bonus 4 angka dalam Shaklee pada tahun ini..walaupun saya belum sampai setahun berbisnes dengan Shaklee..

Itulah kisah cinta saya dengan Shaklee.. akhirnya saya tahu saya telah memilih dengan tepat..
Ruginya saya tak mula dari awal, kan? Apapun, saya redha ketentuan Allah buat saya..
Alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan..

Anda berminat untuk bersama-sama kami?

Ingin menjana pendapatan sampingan bersama kumpulan kami?

Hubungi saya, Raihana (SID 911750):



✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282




No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox