PROMOSI VIVIX BELI 2 DISKAUN 5% & BELI 6 PERCUMA 1 KEMBALI!

PROMOSI VIVIX BELI 2 DISKAUN 5% & BELI 6 PERCUMA 1 KEMBALI!
PROMOSI AKHIR TAHUN. Tawaran Istimewa ini SAH sehingga 31 DISEMBER 2017. Whatsapp 0199387282 sekarang!

Sunday, May 18, 2014

Masalah bayi baru lahir

Assalam..


Anda baru pertama kali menjadi ibu? Tentunya panik bila tiba-tiba anak menangis tanpa henti..Bagaimana anda nak mengenalpasti masalah yang berlaku pada bayi anda yang baru lahir dan apakah yang perlu anda lakukan untuk membantu bayi anda??

InsyaaAllah, akan saya jelaskan serba sedikit ilmu yang saya dapat daripada rujukan orang yang lebih berpengalaman (ibu, ibu mertua, nenek, bidan, nurse dan pengalaman sendiri) dan apa yang saya dapat dari bacaan internet yang dapat saya kumpulkan berkenaan masalah bayi baru lahir ini..


Bayi anda ada masalah seperti di bawah?



  • Muntah setelah menyusu




Bayi muntah susu adalah biasa bagi bayi yang baru lepas menyusu. Semua bayi akan memuntahkan sedikit susu ibu setelah menyusu. Biasanya ia kerana belum disendawakan. Terdapat kajian yang pernah saya jumpa menyatakan bayi yang menyusu susu ibu tidak perlu disendawakan kerana sifat susu ibu itu sendiri adalah mudah hadam..apapun, untuk memastikan anak anda tiada masalah setelah minum susu, adalah lebih baik jika anda membantu bayi anda untuk sendawa terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, bagi memastikan bayi dapat sendawa dan lebih selesa, dukung bayi dengan posisi menghadap ke tubuh anda dan biarkan kepalanya di bahu anda. Bantu dengan tepukan ringan di belakangnya. Anda perlu bertemu doktor apabila bayi anda tetap muntah walaupun tidak menghabiskan susu, apatah lagi jika diikuti cirit-birit.


  • Menangis tanpa henti




Menangis merupakan salah satu cara bayi berkomunikasi dengan anda. Anda boleh mengenalpasti  jenis tangisan bayi anda samaada dia sedang lapar, tidak selesa atau rasa terancam atau takut. Bayi sebenarnya ingin memberitahu jika dia lapar, dahaga atau merasa tidak selesa. Ibu harus panik apabila bayi menangis berterusan selama beberapa jam, terutama pada waktu petang. Kemungkinan bayi terkena kolik(kembung perut).

Jika bayi menangis pada waktu tertentu sahaja seperti waktu maghrib atau lewat petang, jika anda adalah muslim, anda digalakkan membacakan alfatihah dan ayat kursi 7x dan menghembusnya pada ubun2 bayi sambil memeluknya...elakkan bayi anda memandang ke atas dan sapulah matanya juga setelah ayat kursi dibacakan..hal ini berkemungkinan bayi anda diganggu oleh "benda ghaib" yang tidak dapat dilihat manusia biasa dan hanya bayi yang Allah izinkan melihatnya.

Petua ini saya dapat daripada NurulAzam

Isikan air kosong ke dalam bekas yang boleh ditutup, bacakan:-
1. surah Al-Fatihah
2. ayat Kursi
3. ayat 3 Qul
4. surah Al-Imran (dari ayat 135 – 138)
5. surah An-Nisaa (ayat 76)
6. surah Al-An’aam (ayat 1 – 3)
7. surah Al-A’raf (ayat 54 & 55)
8. surah Ibrahim (ayat 11 & 12)
9. surah Al-Isra’ (ayat 44 – 46)
10. surah Al-Kahfi (ayat 10 – 13)

Air yang telah dibacakan surah-surah di dalam Al-Quran tu perlu disapukan ke seluruh badan anak termasuk kepala & muka. Kemudian, bagi minum sikit. Azankan ke telinga kanan anak sebanyak 3x. Insha Allah, tangisan akan mulai berhenti. Kalau ada baki air tu simpan untuk kegunaan masa depan, manalah tau jika perkara sama terjadi lagi.


  • Kulit kering dan mengelupas




Ramai bayi yang baru lahir memiliki kulit kering, mengelupas dan tidak kurang juga memiliki tanda lahir. Tidak perlu bimbang kerana ia akan hilang dengan sendirinya. Ini adalah proses "bersalin kulit" yang biasa bagi bayi. Bagaimanapun anda perlu risau jika kulit bayi anda terlalu kering dan mengelupas berubah kemerahan dan membuatkan bayi tidak selesa kerana gatal. Bahagian celah paha bayi juga adalah sangat sensitif dan mudah terkena ruam. Jika bayi anda mengalami kemerahan pada banyak bahagian badan, mungkin bayi anda terkena ekzema atau ruam yang menyebabkannya tidak selesa dan menangis.

Jika bayi anda mengalami ekzema, sila dapatkan nasihat doktor dengan segera untuk rawatan. Jangan mengambil sebarang krim tanpa nasihat doktor kerana mungkin krim tersebut tidak sesuai untuk bayi baru lahir. Anda juga mungkin perlu berpantang makan makanan yang boleh menyebabkan ekzema walaupun anda tidak mengalami ekzema jika bayi anda menyusu dengan susu anda.


  • Najis bayi di luar kebiasaan




Lazimnya najis pertama bayi berwarna hitam kehijauan, melekat dan cenderung berbau seperti susu masam atau basi. Kemudian secara berperingkat akan bertukar warna kekuningan apabila bayi mula menyusu lebih banyak dengan susu badan. Warna najis sangat penting sebagai penunjuk pencernaannya normal atau sebaliknya. Anda harus panik apabila keadaan najisnya seperti itu (berwarna hitam kehijauan dan melekat) berlangsung hingga 48 jam. Kemungkinan terdapat gangguan dalam pencernaannya atau kandungan zat besi yang terlalu tinggi.

Jika bayi membuang air besar bercampur darah, segeralah bawa berjumpa doktor kerana mungkin bayi anda mempunyai masalah dalam perut..


  • Bayi tidak dapat menyusu





Sekiranya bayi tidak dapat menyusu, sila pastikan apakah sebabnya. Bayi yang sumbing lelangitnya mungkin tidak dapat menelan dengan baik, maka doktor akan menunjukkan cara penyusuan yang lebih baik bagi bayi seperti ini. Kemudian, pembedahan yang sesuai boleh dibuat bagi menutup lelangit atau bibir yang sumbing. Bayi yang terlalu lemah juga kerap tidur dan enggan menyusu.

Pemeriksaan darah, penentuan gula dalam darah dan tube feeding (penyusuan menggunakan tiub) perlu dibuat di 'Special Child Nursery' yang ditubuhkan di hospital-hospital). Ibu-ibu yang  mempunyai masalah begini memerlukan khidmat nasihat daripada pakar kanak-kanak kerana penjagaan anak-anak seperti ini tidak sama seperti bayi normal.




Bagi bayi normal yang tidak mengalami masalah sumbing lelangit, tetapi masih tidak dapat menyusu, mungkin di dalam mulut atau tekaknya terdapat kulat susu atau 'thrush'..Thrush ini boleh hilang dengan sendiri..namun masih memerlukan anda membawa bayi anda berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat sapu yang sesuai.

Antara punca berlakunya thrush ialah:
1) payudara ibu telah dijangkiti kulat & ia berpindah ke mulut anak semasa menyusukan.
2) puting botol susu yang tidak bersih.
3) bayi minum sisa susu tepung yang tamat tempoh pada bahagian bawah bekas yang tidak dihabiskan.


  • Bayi tidur terlalu lama




Seronok dapat tengok bayi tidur nyenyak, kan? Tapi awas, jangan biarkan bayi anda tidur terlalu lama tanpa pengawasan. Biasanya, tidur yang melampau berlaku kerana bayi lemah dan kurang gula dalam darahnya. Sesekali, periksalah keadaan bayi anda.

Tidur bayi baru lahir hingga berusia tiga bulan.

Bayi dalam lingkungan usia ini memerlukan tidur antara 16 hingga 20 jam sehari dalam jangka masa antara satu setengah jam hingga lima atau enam jam setiap kali pada siang hari. Ketika ini, waktu makan dan tidurnya akan bersilang. Ada bayi yang tidur sepanjang malam apabila mereka berusia empat atau enam minggu tetapi itu bukan kebiasaannya.

Tidur bayi tiga hingga enam bulan.

Daripada usia tiga hingga 12 bulan ke atas, bayi akan tidur antara 14 hingga 15 jam secara keseluruhannya. Mereka cenderung untuk tidur antara enam hingga lapan jam pada waktu malam dan akan terjaga sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh waktu itu dan perlu ditenangkan, disusui sebelum dia tidur kembali.



  • Bayi Tidak Kencing




Pada awal kelahiran pundi kencing bayi kita masih kosong dan ia tidak mempunyai kawalan terhadapnya. Pada kebiasaannya bagi bayi yang berusia 6 minggu, ia akan membuang air kecil 20 - 30 kali setiap 24 jam. Namun ini tidaklah bermakna kita perlu menukar lampinnya sekerap itu. Apa yang penting kita perlu pastikan lampinnya tidak terlalu basah dan tidak dibiarkan terlalu lama.
Bayi yang tidak kencing menunjukkan bayi mengalami dehidrasi (kurang cecair dalam tubuh). Sekiranya tidak cukup air, bayi tidak kencing, menjadi resah dan menangis tanpa air mata. Ia cukup berbahaya kerana boleh merosakkan buah pinggang bayi.

Bagaimana kita boleh kenal pasti bayi telah membuang air kecil secukupnya?
Petunjuk terbaik yang dapat membantu anda memonitor lampin bayi ialah berat lampin. Jika selama 3 jam atau lebih lampin bayi anda masih kering bererti bayi anda telah terdehidrat.

Awasi Tanda-Tanda Bahaya Pada Bayi

Secara ringkasnya, jika bayi anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut, silalah bawa bayi anda berjumpa dengan doktor dan dapatkan pemeriksaan segera.

  • Berterusan menangis dan sukar berhenti.
  • Terlalu banyak tidur dan enggan bangun.
  • Berat badan tidak bertambah atau makin berkurangan selepas 2 minggu.
  • Buang air besar bercampur darah atau najis kehitaman.
  • Tidak kencing atau buang air besar.
  • Kuning (pada kulit)
  • Muntah terlalu banyak.
  • Perut kembung dan keras.
  • Pusat berbau busuk dan tidak sembuh (berair)
  • Demam panas
Rujukan:

Sebolehnya kita inginkan bayi kita sentiasa dalam keadaan sihat dan cerdas setelah lahir..
Adakah bayi memerlukan suplemen untuk kesihatan?

Tidak, bayi di bawah umur 1 tahun tidak digalakkan diberi suplemen tambahan. Susu ibu dan makanan bayi yang sesuai bagi bayi 6 bulan ke atas sudah memadai. Walaubagaimanapun, bagi ibu yang menyusu anda boleh mencuba Set Penyusuan Shaklee untuk membantu anda menyusu bayi anda dengan lebih baik dan cergas sepanjang tempoh penyusuan. Ramai yang telah mencubanya termasuk saya sendiri..anda juga boleh mendapatkannya daripada saya, Pengedar Shaklee anda..



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

0 komen terkini:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.